KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang blogger daripada pertuduhan membuat serta menghantar video jelik terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO menerusi aplikasi TikTok.
Hakim N. Priscilla Hemamalini turut membebaskan Jufazli Shi Ahmad, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) daripada pertuduhan gagal memberi kata laluan laman profil TikTok @King Maker yang disimpan dalam telefon bimbitnya.
Priscilla membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Jufazli di akhir kes pendakwaan.
"Oleh itu, OKS dilepaskan dan dibebaskan bagi kedua-dua pertuduhan," katanya.
Seramai enam saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula Mei lepas.
Pada 7 Julai 2022, Jufazli mengaku tidak bersalah atas dakwaan memuat naik video bertajuk "Pak Mail dan UMNO naikkan harga barang sangat mahal pada 1 Julai 2022" dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi TikTok@King Maker pada 3 petang, 23 Jun 2022.
Pautan video itu dilihat dan dibaca pada 3 petang di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 24 Jun, tahun sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya selain denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Jufazli juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal memberi kata laluan laman profil aplikasi TikTok @King Maker yang disimpan dalam telefon bimbit kepada pegawai polis di IPD Dang Wangi pada 3 petang 5 Julai tahun lepas, mengikut Seksyen 249 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal manakala peguam Ramesh NP Chandran, Tejal Harash dan Mansheel Kaur mewakili Jufazli.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Jufazli Shi Ahmad, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) dibebaskan daripada pertuduhan gagal memberi kata laluan laman profil TikTok @King Maker yang disimpan dalam telefon bimbitnya. - Gambar fail/BERNAMA
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui 'terbakar sepenuhnya'.
TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi
Inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan itu.
Blogger bebas tuduhan buat, hantar video jelik terhadap Ismail Sabri dan UMNO
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Jufazli di akhir kes pendakwaan.
Saman fitnah Hsien Loong: Defendan tidak akan jadi saksi
Kedua-dua pihak masing-masing akan mengemukakan penghujahan bertulis mereka dan mahkamah akan bersidang semula pada 30 Nov.
COVID-19: Johor akan kaji keperluan turunkan kadar cukai hiburan taman tema
Segala keputusan serta pendekatan berhubung perkara itu akan diambil berdasarkan pakej rangsangan ekonomi.
Rusia bakal label wartawan bebas, blogger sebagai ejen asing
Rusia bakal melabel wartawan bebas dan blogger sebagai 'ejen asing' di bawah undang-undang yang baharu dipinda di negara itu.
'Leher penuh 'love bite'? Zara Zya beri amaran pada blogger tabur fitnah
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Telenovela 2015, Zara Zya dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap blogger yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.
Macam babak drama, dua lelaki lamar wanita sama serentak
Kedua-dua mereka turut membawa sejambak bunga dan melutut di hadapan wanita itu pada masa yang sama.
Papagomo mahu tanding EXCO Pemuda UMNO
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.
Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh
Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.
Polis rekod keterangan Guan Eng berhubung dakwaan anak cabul gadis
Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perempuan, enam tahun lepas.
Azlan Man nafi bersekongkol dengan Tun Mahathir jatuhkan PM
Menteri Besar Perlis nafi tuduhan dan dakwaan blogger Yusman Zahari mengenai keterlibatannya dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.